"SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NILAM BEBAS DADAH"

Thursday, April 23, 2015

EJEN ANTIDADAH SK SERI NILAM 2015

EJEN ANTIDADAH SK SERI NILAM
 
   

MAJALAH KUNTUM DAN PENGAWAS PPDa

Tarikh: 10 April 2015
Tempat: Dewan SKSN

VISI DAN MISI DIPERJELASKAN KEPADA KOMUNITI SEMASA MESYUARAT PIBG


VISI DAN MISI DIPERJELASKAN KEPADA KOMUNITI SEMASA MESYUARAT PIBG


TARIKH: 11 APRIL 2015

TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK SERI NILAM








LAWATAN PENANDA ARAS BILIK DAN LALUAN SUMBER PPDa

LAWATAN PENANDA ARAS BILIK DAN LALUAN SUMBER PPDa

Tarikh : 5 – 6 April 2015

Tempat : SK RTP Bukit Goh & SMK Seri Jengka, Maran, Pahang

Peserta : Seperti dalam lampiran

LAPORAN

Pada 5 April yang lalu sekolah saya telah menyertai Lawatan Penanda Aras Bilik dan Laluan Sumber PPDa. Seramai 40 orang terdiri daripada pegawai di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP), pengetua, guru besar, guru penolong kanan Hal Ehwal Muriddan penyelaras PPDa telah menyertai lawatan ini. Seawal 7.30 pagi, semua peserta telah berkumpul di JPWP untuk menaiki bas. Pada pukul 8.30 pagi, kami bertolak ke SK Bukit Goh yang terletak di Bandar Kuantan. Setelah perjalanan hampir 3 jam, kami pun sampai ke SK Bukit Goh. Kami di sambut dengan meriah oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan dan pihak sekolah. Kami dijamu makan tengahari terlebih dahulu sebelum diberi taklimat oleh pihak sekolah. SK Bukit Goh mendapat Naib Johan Laluan Sumber PPDa pada tahun 2014.
Setelah itu, kami dibawa melawat ke sudut dan lauan PPDa sekolah itu. Kami sangat teruja melihat bahan-bahan yang dipamerkan. Kami dibenarkan untuk mengambil gambar untuk dijadikan panduan untuk menyediakan bahan di sekolah sendiri. Hampir sejam kami membuat lawatan, kami dijemput untuk menerima hadiah cenderahati daripada pihak sekolah. Kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan rombongan kami.

Selepas itu, kami bertolak ke hotel penginapan kami. Pada sebelah malam, kami telah diberi taklimat pemarkahan bilik PPDa oleh bekas pegawai unit PPDa Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Keesokan harinya, kami bertolak ke SMK Seri Jengka, Maran selepas mengambil sarapan pagi. Kami telah di sambut dengan meriah oleh pihak sekolah. Kami telah dibawa ke bilik tayangan PPDa untuk mendengar taklimat berkenaan Bilik Sumber PPDa sekolah ini. Sekolah ini telah mendapat Johan
Bilik Sumber PPDa peringkat Kebangsaan. Kami telah dibawa melawat bilik PPDa dan kawasan sekitarnya. Akhir sekali, kami dijamu dengan menu makan tengahari. Setelah itu, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dan selamat sampai pada pukul 4.00 petang. Pihak JPWP berharap semua guru yang menyertai dapat mengambil pengalaman untuk menyediakan bilik atau lauan PPDa di sekolah masing-masing.

Disediakan oleh,

(ROHATI BINTI MOKTER)



SEDIKIT PENGALAMAN YANG DITERIMA....













Monday, August 4, 2014